Tuesday, February 2, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Kursus - Program Keusahawanan 1 Belia 1 Kemahiran

17hb Januari, 2010 (Sabtu) 2.00 Petang Di SMK Sg Rawang, Giatmara Sepang telah menganjurkan Program Keusahawanan 1 Belia 1 Kemahiran. Terdapat 5 program dalam satu. Kursus andaman, masakan nasi beriani, motivasi dan gotong royong serta penyampaian sijil kursus - kursus yang telah diadakan.

Sehubungan itu, penyampaian sijil adalah termasuk kursus pastry dan bakery yang telah kami adakan pada Julai & Ogos, 2009 di Pusat Giatmara Putrajaya. Wakil nye Siti Arfah Bt Mohd Yunus & Norazuniza Bt Mohd Yunus.


Terima kasih kepada YB Dato Hj KArim Bin Mansur, ADUN Kawasan Tanjung Sepat kerana sudi meluangkan masa dan menyampaikan sijil kursus. Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada En Fauzan Bin Mulim, Pengarah Giatmara Sepang kerana memberi peluang kepada kami menganjurkan program.
Puan Atie, Pengerusi WI TDJH

No comments:

Post a Comment