Sunday, September 19, 2010

Penyampaian Sumbangan WI Daerah Sepang

04hb September 2010 (Ahad) Di Kediaman YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa Pengerusi WI Daerah Sepang telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu2 Tunggal, Warga Emas & Anak Yatim. Terima Kasih Kepada Semua AJK yang telah menyumbangkan beras dan gula.

Thursday, September 2, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Allah rahsiakan Lailatul Qadar


Antara amalan bagi mengisi malam al-qadar adalah memperbanyakkan membaca al-Quran selain qiamullail. – Gambar hiasan


RAMADAN yang datang menjanjikan pahala yang banyak. Amat beruntunglah golongan muslim yang merebut peluang ibadah yang besar pahalanya.

Salah satu anugerah Ramadan adalah Lailatul Qadar. Dalam tulisan kali ini, kita cuba telesuri beberapa pandangan para ulama sebagaimana yang dihuraikan panjang lebar dalam kitab Fath al-Bari.

Ada kiraan bagi menentukan malam Al-Qadar. Antaranya ada disebut tentang jumlah lafaz yang ada dalam surah al-Qadr.

Jumlah lafaznya adalah 30. Manakala lafaz hiya dalam ayat yang terakhir merujuk kepada Lailatul Qadar. Lafaz ini adalah lafaz yang ke 27, maka dihukum bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Dalam kiraan yang lain, disebut bahawa lafaz Lailatul Qadar dalam tulisan Arab terdiri daripada sembilan huruf. Lafaz Lailatul Qadar disebut sebanyak tiga kali dalam surah al-Qadr, maka sembilan darab tiga menjadi 27. Maka hukumnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Kesemua pendapat ini hasil ijtihad para ulama. Untuk melengkap lagi kefahaman tentang Lailatul Qadar, ada beberapa hadis sebagai pedoman.

Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: Maka carilah Lailatul Qadar pada sembilan, tujuh dan lima. (riwayat al-Bukhari).

Menurut satu tafsiran hadis, sembilan, tujuh dan lima merujuk kepada 29, 27 dan 25 Ramadan.

Kesemua pendapat ini adalah baik bagi menerangkan hakikat malam Lailatul Qadar. Bagi sesetengah kelompok masyarakat pula, Lailatul Qadar tetap pada satu malam sahaja iaitu malam 27 Ramadan.

Kepelbagaian pandangan para ulama dalam penentuan Lailatul Qadar memberi isyarat jelas bahawa tiada kesepakatan dalam masalah ini. Maka Lailatul Qadar menjadi rahsia.

Ijtihad ulama dalam lontaran pandangan hanya sekadar ijtihad yang ada masanya betul dan ada masanya silap.

Maka di sini nyata hikmah disembunyikan Lailatul Qadar agar umat Islam lebih berusaha mencarinya.

Terserah kepada kita umat Islam untuk memilih mana-mana pandangan selagi mana ia berdasarkan dalil dan hujah.

Maka tidaklah menjadi keperluan untuk bertegang urat dalam masalah penentuan malam ini. Apa yang penting, bagaimanakah amalan kita

Wednesday, July 28, 2010

PERCUMA

SALAM... MAKLUMAN TERKINI

Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Di 9 Perkampungan Tradisional Negeri Selangor Anjuran Bersama YAYASAN BASMI KEMISKINAN, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT, PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEPANG, KRT TAMAN DESA JENDERAM HILIR & JKKP KG JENDERAM HILIR pada 31HB JULAI, 2010 (SABTU) jam 8.00 pg - 1.00 tgh di PUSAT SUMBER KEMAS, KG JENDERAM HILIR.

PEMERIKSAAN pap smear, payudara, tekanan darah, berat badan, glukos, kesihatan am dan ceramah kesihatan serta PERTANDINGAN MEWARNA bagi kanak-kanak berusia 7 thn - 9 thn.

Mohon rakan-rakan blog yang berdekatan hadir bersama-sama bagi menjalani pemeriksaan PERCUMA.....

Sunday, March 7, 2010

Jahitan Manik

Sesi kedua bermula, inilah aturcara yang ditunggu2 oleh semua peserta terutama Pengerusi, boleh menjahit manik time berpantang... Eh! Boleh ke......


Ha tengok tu, kusyuk konon....





Ha kenal tak Setiausaha saya tu, bersemangat.... Lepas ni boleh dinamakan Taman Manik di tempat kami, petikan ucapan En Fauzan Bin Mulim.

Kursus Asas Perniagaan

07hb Mac, 2010 (Ahad) WI Taman Desa Jenderam Hilir telah mengadakan Kursus Asas Perniagaan dengan kerjasama Pusat GiatMara Sepang & KRT Taman Desa Jenderam Hilir. Syukur Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar. Peserta seramai 25 orang dan permintaan di saat akhir terpaksa ditolak memandangkan banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Ucapan Aluan dimulai oleh En Mohd Yunus Bin Marzuki, Pengerusi KRT TDJH


Ucapan seterusnya oleh Puan Yusmah Indrawati Binti Yusup, Pengerusi WI TDJH
Ucapan yang dinanti2kan oleh peserta kursus oleh En Fauzan Bin Mulim, Pengurus GiatMara Sepang

Penyampaian Cenderamata kepada Puan Noor E'zam Bin Mahmud, Tenaga Pengajar Pusat GiatMara Sepang


Cenderamata kepada Puan Siti Hawa Bt Hussin, Wakil Jabatan Perpaduan Daerah Sepang


Cenderamata kepada En Fauzan Bin Mulim, Pengurus GiatMara Sepang

Setelah berehat dan menjamu selera, sesi pertama dimulakan, kursus asas perniagaan disampaikan oleh En Fauzan Bin Mulim, Pengurus GiatMara Sepang dengan gaya yang bersahaja tetapi peserta berasa senang hati untuk manfaatkan ilmu yang diperolehi.




Terima kasih kepada Pusat GiatMaraSepang, KRT Taman Desa Jenderam Hilir, Jawatankuasa WI & KRT TDJH dan para peserta dari pada Taman Desa Jenderam Hilir & Kg Jenderam Hilir.
Tahniah dan Syabas kepada semua peserta yang ingin menceburi bidang keusahawan, ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perniagaan mahupun mengembangkan perniagaan.

Wednesday, February 24, 2010

Pelancaran Blog WI Taman Desa Jenderam Hilir

Syukur Alhamdulillah, pelancaran blog WI TDJH telah diadakan pada 21hb Februari, 2010 (Ahad) dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil.

bila dah rasmi baru perasan ade huruf yang tertggl.... huhuhu...
ni alamat blog sebenar http://witdjhilir.blogspot.com




Terima kasih kepada YB Dato kerana sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung & Pelancaran Blog....

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 4

Hadiah-hadiah yang disediakan semasa Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir 2010

Beg, buku mesyuarat & air minuman diberi semasa pendaftaran.

Diantara hadiah cabutan bertuah

Hadiah pertandingan tempat pertama, berat tau!

Hadiah pertandingan tempat ke 2, berat gak...

Hadiah pertandingan ke-3, ringan sikit


Hadiah utk saguhati & VIP dan ade balang no cabutan bertuah...

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 3

Pertandingan yang telah diadakan pada Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir Tahun 2010.

Karangan "Wanita Nadi Negara", 1000 patah perkataan, alhamdulillah wpun 3 penyertaan tetapi peserta menunjukkan minat dan bakat dalam mengarang. Peserta merupakan golongan muda yang berumur 16 tahun - 25 tahun.
Sambal goreng telah disertai oleh 5 orang dan masing2 mempunyai rahsia.... wah sedap2 belaka...

Tahun ini pertandingan sulaman riben satin amat mencabar, alhamdulillah wpun peserta baru seminggu belajar, tapi diaorg siapkan cepat dan nilah hasil nya.

Akhir sekali pertandingan sulaman mata lalat / ulat di Awning tudung ikin.

Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 2

Dari Kiri: Puan Siti Raihana Binti Ahmad Johari (Pengerusi WI Sri Changgang), Puan Zalinah Bt Hj Manap (Setiausaha WI Daerah Sepang), YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa (Pengerusi WI Daerah Sepang), Puan Yusmah Indrawati Bt Yusup (Pengerusi WI TDJH), YB Dato' Hj Marsum Bin Paing (ADUN Dengkil), En Mohd Yunus Bin Marzuki (Pengerusi KRT TDJH), Puan Zanariah Bt Hj Sulaiman (Pen. Peg. Perpaduan Daerah Sepang) & Puan Salmah Bt Takin (Timb. Pengerusi WI TDJH)

Aturcara Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir 2010 dimulai dengan bacaan doa dan diketuai oleh Tuan Hj Mokhtar Bin Bohari, Imam 2 Surau Taman Desa Jenderam Hilir

Ucapan Aluan oleh En Mohd Yunus Bin Marzuki (Pengerusi KRT Taman Desa Jenderam Hilir)

Ucapan oleh Puan Yusmah Indrawati Binti Yusup (Pengerusi WI TDJH)

Ucapan Oleh YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa, Pengerusi WI Daerah Sepang


Ucapan & Perasmian Oleh YB Dato' Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 1

Salam syukur alhamdulillah, Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Taman Desa Jenderam Hilir yang telah diadakan pada 21hb Februari, 2010 (Ahad) jam 8.00 pagi - 1.00 tengahari di Dewan Taman Desa Jenderam Hilir telah diadakan dengan jayanya.

Jam 8.00 Pagi semua Jawatankuasa hadir dan dimulai dengan pendaftaran dan pembayaran yuran tahunan.

Ketibaan Puan Zalinah Bt Hj Manap, Setiausaha WI Daerah Sepang & Puan Siti Raihana Bt Ahmad Johari (Pengerusi WI Cawangan Sri Changgang)

Ketibaan YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa, Pengerusi WI Daerah Sepang.

Ketibaan YB. Dato' Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil diiringi oleh En Mohd Yunus Bin Marzuki (Pengerusi KRT Taman Desa Jenderam Hilir) & En Hairuddin Bin Hj Umar, (Mantan Ketua UMNO Cawangan Taman Desa Jenderam Hilir).

Puan Atie, Pengerusi WI TDJH

Tuesday, February 16, 2010

Kelas Sulaman Anjuran WI Daerah Sepang

16hb Februari, 2010 (Selasa) jam 9.00 Pagi Di Balai Belia 4B, Sg Merab. Sempena Cuti Tahun Baru Cina, Jawatankuasa WI Daerah Sepang mengadakan Kelas Sulaman Mata Lalat & Ulat dan Sulaman Reben. Wakil daripada WI Taman Desa Jenderam Hilir Puan Salmah Bt Takin (Timbalan Pengerusi), Puan Normah Bt Mohd Nor (Setiausaha) & Puan Rosnita Bt Wahid (Bendahari).




Tenaga pengajar Puan Zalila Bt Abdul Manap (Setiausaha WI Daerah Sepang) & Puan Raihana (Pengerusi WI Paya Indah Bukit Changgang). Tekun betul la diaorg belajar, harap2 ade la wakil masa pertandingan minggu ni.