ni alamat blog sebenar http://witdjhilir.blogspot.com
Wednesday, February 24, 2010
Pelancaran Blog WI Taman Desa Jenderam Hilir
Syukur Alhamdulillah, pelancaran blog WI TDJH telah diadakan pada 21hb Februari, 2010 (Ahad) dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil.
ni alamat blog sebenar http://witdjhilir.blogspot.com
Mesyuarat Agung WI TDJH_ 4
Mesyuarat Agung WI TDJH_ 3
Pertandingan yang telah diadakan pada Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir Tahun 2010.
Karangan "Wanita Nadi Negara", 1000 patah perkataan, alhamdulillah wpun 3 penyertaan tetapi peserta menunjukkan minat dan bakat dalam mengarang. Peserta merupakan golongan muda yang berumur 16 tahun - 25 tahun.
Tahun ini pertandingan sulaman riben satin amat mencabar, alhamdulillah wpun peserta baru seminggu belajar, tapi diaorg siapkan cepat dan nilah hasil nya.
Tuesday, February 23, 2010
Mesyuarat Agung WI TDJH_ 2
Mesyuarat Agung WI TDJH_ 1
Puan Atie, Pengerusi WI TDJH
Tuesday, February 16, 2010
Kelas Sulaman Anjuran WI Daerah Sepang
16hb Februari, 2010 (Selasa) jam 9.00 Pagi Di Balai Belia 4B, Sg Merab. Sempena Cuti Tahun Baru Cina, Jawatankuasa WI Daerah Sepang mengadakan Kelas Sulaman Mata Lalat & Ulat dan Sulaman Reben. Wakil daripada WI Taman Desa Jenderam Hilir Puan Salmah Bt Takin (Timbalan Pengerusi), Puan Normah Bt Mohd Nor (Setiausaha) & Puan Rosnita Bt Wahid (Bendahari).

Tenaga pengajar Puan Zalila Bt Abdul Manap (Setiausaha WI Daerah Sepang) & Puan Raihana (Pengerusi WI Paya Indah Bukit Changgang). Tekun betul la diaorg belajar, harap2 ade la wakil masa pertandingan minggu ni.
Tuesday, February 2, 2010
Mesyuarat WI TDJH Bil 01/2010
Majlis Penyampaian Sijil Kursus - Program Keusahawanan 1 Belia 1 Kemahiran
17hb Januari, 2010 (Sabtu) 2.00 Petang Di SMK Sg Rawang, Giatmara Sepang telah menganjurkan Program Keusahawanan 1 Belia 1 Kemahiran. Terdapat 5 program dalam satu. Kursus andaman, masakan nasi beriani, motivasi dan gotong royong serta penyampaian sijil kursus - kursus yang telah diadakan.


Sehubungan itu, penyampaian sijil adalah termasuk kursus pastry dan bakery yang telah kami adakan pada Julai & Ogos, 2009 di Pusat Giatmara Putrajaya. Wakil nye Siti Arfah Bt Mohd Yunus & Norazuniza Bt Mohd Yunus.

Terima kasih kepada YB Dato Hj KArim Bin Mansur, ADUN Kawasan Tanjung Sepat kerana sudi meluangkan masa dan menyampaikan sijil kursus. Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada En Fauzan Bin Mulim, Pengarah Giatmara Sepang kerana memberi peluang kepada kami menganjurkan program.
Sehubungan itu, penyampaian sijil adalah termasuk kursus pastry dan bakery yang telah kami adakan pada Julai & Ogos, 2009 di Pusat Giatmara Putrajaya. Wakil nye Siti Arfah Bt Mohd Yunus & Norazuniza Bt Mohd Yunus.
Puan Atie, Pengerusi WI TDJH
Kenangan 2009 - Majlis Sumbangan Ibu Tunggal & Anak Yatim - WI Daerah Sepang
13hb. September, 2009 (Ahad) 800 Pagi di Dewan Gerakan Belia 4B, Sungai Merab, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Sepang telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal & Anak Yatim bagi kawasan Sepang.

Terima kasih kepada Y.Bhg Datin Hjh Fatimah Binti Hj Isa, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Sepang kerana telah menganjurkan majlis ini. Tahniah & Syabas diatas perlantikan Datin sebagai Pengerusi kali ke 19.
Kami WI TDJH mohon sokongan dan dorongan serta sedikit peruntukan untuk program-program akan datang. heheheheh.
Puan Atie, Pengerusi WI TDJH
Kenangan 2009 - Lawatan Kebajikan Sempena Ramadhan
30hb. Ogos, 2009 (Ahad) 10.00 Pagi di Taman Desa Jenderam Hilir, Jawatankuasa WI TDJH dengan kerjasama Rukun Tetangga TDJH telah mengadakan lawatan kebajikan dari rumah ke rumah. Seramai 12 orang penerima pada tahun ini yang mana melibatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim & Warga Emas.
- Encik Shamsudin - Jalan Utama
- Puan Nurul Wahida - Jalan Serindit
- Encik Rahim - Jalan Merak
- Puan Rosni - Jalan Merak
- Puan Saridah - Jalan Merak
- Puan Mahani - Jalan Utama
- Puan Rohaya - Jalan Puyuh
- Puan Norizan - Jalan Tanau
- Puan Jamilah - Jalan Bangau
- Puan Aminah - Jalan Lelayang
- En. Rosli - Jalan Merak
- Cik Mastura - Jalan Bangau
Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang sudi memberi sumbangan, Alhamdulillah satu lagi program berjaya dianjurkan, diharapkan tahun 2010 akan ada penaja-penaja yang sudi bersama-sama turut serta di dalam program kami.
Puan Atie, Pengerusi WI TDJH
Subscribe to:
Posts (Atom)