Wednesday, February 24, 2010

Pelancaran Blog WI Taman Desa Jenderam Hilir

Syukur Alhamdulillah, pelancaran blog WI TDJH telah diadakan pada 21hb Februari, 2010 (Ahad) dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil.

bila dah rasmi baru perasan ade huruf yang tertggl.... huhuhu...
ni alamat blog sebenar http://witdjhilir.blogspot.com




Terima kasih kepada YB Dato kerana sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung & Pelancaran Blog....

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 4

Hadiah-hadiah yang disediakan semasa Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir 2010

Beg, buku mesyuarat & air minuman diberi semasa pendaftaran.

Diantara hadiah cabutan bertuah

Hadiah pertandingan tempat pertama, berat tau!

Hadiah pertandingan tempat ke 2, berat gak...

Hadiah pertandingan ke-3, ringan sikit


Hadiah utk saguhati & VIP dan ade balang no cabutan bertuah...

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 3

Pertandingan yang telah diadakan pada Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir Tahun 2010.

Karangan "Wanita Nadi Negara", 1000 patah perkataan, alhamdulillah wpun 3 penyertaan tetapi peserta menunjukkan minat dan bakat dalam mengarang. Peserta merupakan golongan muda yang berumur 16 tahun - 25 tahun.
Sambal goreng telah disertai oleh 5 orang dan masing2 mempunyai rahsia.... wah sedap2 belaka...

Tahun ini pertandingan sulaman riben satin amat mencabar, alhamdulillah wpun peserta baru seminggu belajar, tapi diaorg siapkan cepat dan nilah hasil nya.

Akhir sekali pertandingan sulaman mata lalat / ulat di Awning tudung ikin.

Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 2

Dari Kiri: Puan Siti Raihana Binti Ahmad Johari (Pengerusi WI Sri Changgang), Puan Zalinah Bt Hj Manap (Setiausaha WI Daerah Sepang), YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa (Pengerusi WI Daerah Sepang), Puan Yusmah Indrawati Bt Yusup (Pengerusi WI TDJH), YB Dato' Hj Marsum Bin Paing (ADUN Dengkil), En Mohd Yunus Bin Marzuki (Pengerusi KRT TDJH), Puan Zanariah Bt Hj Sulaiman (Pen. Peg. Perpaduan Daerah Sepang) & Puan Salmah Bt Takin (Timb. Pengerusi WI TDJH)

Aturcara Mesyuarat Agung WI Taman Desa Jenderam Hilir 2010 dimulai dengan bacaan doa dan diketuai oleh Tuan Hj Mokhtar Bin Bohari, Imam 2 Surau Taman Desa Jenderam Hilir

Ucapan Aluan oleh En Mohd Yunus Bin Marzuki (Pengerusi KRT Taman Desa Jenderam Hilir)

Ucapan oleh Puan Yusmah Indrawati Binti Yusup (Pengerusi WI TDJH)

Ucapan Oleh YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa, Pengerusi WI Daerah Sepang


Ucapan & Perasmian Oleh YB Dato' Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil

Mesyuarat Agung WI TDJH_ 1

Salam syukur alhamdulillah, Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Taman Desa Jenderam Hilir yang telah diadakan pada 21hb Februari, 2010 (Ahad) jam 8.00 pagi - 1.00 tengahari di Dewan Taman Desa Jenderam Hilir telah diadakan dengan jayanya.

Jam 8.00 Pagi semua Jawatankuasa hadir dan dimulai dengan pendaftaran dan pembayaran yuran tahunan.

Ketibaan Puan Zalinah Bt Hj Manap, Setiausaha WI Daerah Sepang & Puan Siti Raihana Bt Ahmad Johari (Pengerusi WI Cawangan Sri Changgang)

Ketibaan YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa, Pengerusi WI Daerah Sepang.

Ketibaan YB. Dato' Hj Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil diiringi oleh En Mohd Yunus Bin Marzuki (Pengerusi KRT Taman Desa Jenderam Hilir) & En Hairuddin Bin Hj Umar, (Mantan Ketua UMNO Cawangan Taman Desa Jenderam Hilir).

Puan Atie, Pengerusi WI TDJH

Tuesday, February 16, 2010

Kelas Sulaman Anjuran WI Daerah Sepang

16hb Februari, 2010 (Selasa) jam 9.00 Pagi Di Balai Belia 4B, Sg Merab. Sempena Cuti Tahun Baru Cina, Jawatankuasa WI Daerah Sepang mengadakan Kelas Sulaman Mata Lalat & Ulat dan Sulaman Reben. Wakil daripada WI Taman Desa Jenderam Hilir Puan Salmah Bt Takin (Timbalan Pengerusi), Puan Normah Bt Mohd Nor (Setiausaha) & Puan Rosnita Bt Wahid (Bendahari).




Tenaga pengajar Puan Zalila Bt Abdul Manap (Setiausaha WI Daerah Sepang) & Puan Raihana (Pengerusi WI Paya Indah Bukit Changgang). Tekun betul la diaorg belajar, harap2 ade la wakil masa pertandingan minggu ni.

Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat WI TDJH Bil 01/2010

26hb Januari, 2010 (Selasa) 8.15 Malam Di Dewan Taman Desa Jenderam Hilir, WI telah mengadakan mesyuarat kali 1/2010. Alhamdulillah, banyak juga perancangan bagi tahun 2010. Cuma pening mcm mane nak tambah pendapatan. Hehehehehhe...




Antara perancangan program;
  • Kursus Asas Perniagaan
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Membina Blog
  • Kursus Membuat Cup Cake & Muffin

Semoga berjaya di dalam program yang telah dirancangkan.

Puan Atie, Pengerusi WI TDJH