Wednesday, February 23, 2011

Hari Keluarga & Sukaneka 1 Msia WI Daerah Sepang

20hb Februari, 2011 (ahad) bertempat Di IPIS Bangi... Semua ahli WI Daerah Sepang berkumpul bagi melaksanakan dan menyertai Hari Keluarga & Sukaneka 1 Msia WI Daerah Sepang.Tahniah kepada semua peserta daripada WI Cawangan Taman Desa Jenderam Hilir.
p/s : Pengerusi jek x dpt hadiah cabutan bertuah, penat sungguh jadi Pengerusi Pengadil....

Thursday, January 13, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam, rasanya tidak terlewat untuk KAMI mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU bagi 2011 dan diharapkan kita semua dapat manfaatkan tahun ni dengan lebih baik dari tahun yang sebelum nya... KAMI akan update terkini perancangan program bagi WI CAWANGAN...

Terima Kasih

Sunday, September 19, 2010

Penyampaian Sumbangan WI Daerah Sepang

04hb September 2010 (Ahad) Di Kediaman YBhg Datin Hjh Fatimah Bt Hj Isa Pengerusi WI Daerah Sepang telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu2 Tunggal, Warga Emas & Anak Yatim. Terima Kasih Kepada Semua AJK yang telah menyumbangkan beras dan gula.

Thursday, September 2, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Allah rahsiakan Lailatul Qadar


Antara amalan bagi mengisi malam al-qadar adalah memperbanyakkan membaca al-Quran selain qiamullail. – Gambar hiasan


RAMADAN yang datang menjanjikan pahala yang banyak. Amat beruntunglah golongan muslim yang merebut peluang ibadah yang besar pahalanya.

Salah satu anugerah Ramadan adalah Lailatul Qadar. Dalam tulisan kali ini, kita cuba telesuri beberapa pandangan para ulama sebagaimana yang dihuraikan panjang lebar dalam kitab Fath al-Bari.

Ada kiraan bagi menentukan malam Al-Qadar. Antaranya ada disebut tentang jumlah lafaz yang ada dalam surah al-Qadr.

Jumlah lafaznya adalah 30. Manakala lafaz hiya dalam ayat yang terakhir merujuk kepada Lailatul Qadar. Lafaz ini adalah lafaz yang ke 27, maka dihukum bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Dalam kiraan yang lain, disebut bahawa lafaz Lailatul Qadar dalam tulisan Arab terdiri daripada sembilan huruf. Lafaz Lailatul Qadar disebut sebanyak tiga kali dalam surah al-Qadr, maka sembilan darab tiga menjadi 27. Maka hukumnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Kesemua pendapat ini hasil ijtihad para ulama. Untuk melengkap lagi kefahaman tentang Lailatul Qadar, ada beberapa hadis sebagai pedoman.

Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: Maka carilah Lailatul Qadar pada sembilan, tujuh dan lima. (riwayat al-Bukhari).

Menurut satu tafsiran hadis, sembilan, tujuh dan lima merujuk kepada 29, 27 dan 25 Ramadan.

Kesemua pendapat ini adalah baik bagi menerangkan hakikat malam Lailatul Qadar. Bagi sesetengah kelompok masyarakat pula, Lailatul Qadar tetap pada satu malam sahaja iaitu malam 27 Ramadan.

Kepelbagaian pandangan para ulama dalam penentuan Lailatul Qadar memberi isyarat jelas bahawa tiada kesepakatan dalam masalah ini. Maka Lailatul Qadar menjadi rahsia.

Ijtihad ulama dalam lontaran pandangan hanya sekadar ijtihad yang ada masanya betul dan ada masanya silap.

Maka di sini nyata hikmah disembunyikan Lailatul Qadar agar umat Islam lebih berusaha mencarinya.

Terserah kepada kita umat Islam untuk memilih mana-mana pandangan selagi mana ia berdasarkan dalil dan hujah.

Maka tidaklah menjadi keperluan untuk bertegang urat dalam masalah penentuan malam ini. Apa yang penting, bagaimanakah amalan kita

Wednesday, July 28, 2010

PERCUMA

SALAM... MAKLUMAN TERKINI

Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Di 9 Perkampungan Tradisional Negeri Selangor Anjuran Bersama YAYASAN BASMI KEMISKINAN, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT, PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEPANG, KRT TAMAN DESA JENDERAM HILIR & JKKP KG JENDERAM HILIR pada 31HB JULAI, 2010 (SABTU) jam 8.00 pg - 1.00 tgh di PUSAT SUMBER KEMAS, KG JENDERAM HILIR.

PEMERIKSAAN pap smear, payudara, tekanan darah, berat badan, glukos, kesihatan am dan ceramah kesihatan serta PERTANDINGAN MEWARNA bagi kanak-kanak berusia 7 thn - 9 thn.

Mohon rakan-rakan blog yang berdekatan hadir bersama-sama bagi menjalani pemeriksaan PERCUMA.....